Aluan Ketua Pusat

 

 Siti Noriam Binti Yaakob  

con_1

Assalamualaikum W.B.T. Alhamdulillah,

Saya bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya kerana laman  web rasmi Pusat Sukan Dan Rekreasi Universiti Malaysia Terengganu dapat diterbitkan dengan sempurna. Laman web ini terhasil daripada usaha dan komitmen banyak pihak di Pejabat Pendaftar khususnya Pusat Sukan dan Rekreasi bagi melahirkan modal insan berkualiti, berketerampilan dan mampu bersaing bukan sahaja di pasaran kerja tempatan malah hendaknya di peringkat antarabangsa.Pusat Sukan dan Rekreasi UMTdi tubuhkan selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 22(1), Perlembangaan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan susulan daripada pelaksanaan penstrukturan semula UMT berkuatkuasa pada 1 Julai 2009. Penubuhan Pusat Sukan dan Rekreasi UMT ini adalah selaras dengan arahan Kementerian Pengajian Tinggi melalui surat bilangan KPT.N.660-3/1(2)  bertarikh 24 Mac 2008 dan arahan Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia bagi penstrukturan dan naik taraf pusat sukan IPTA berkuatkuasa pada 1 Januari 2008.

Kesempatan ini saya melahirkan rasa bangga dan sukacitanya mengalu-alukan semua pihak dan pelajar ke laman web rasmi kami. Laman informasi ini menyediakan maklumat mengenai fungsi dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pusat Sukan Dan Rekreasi dalam membantu universiti mencapai matlamat seiring dengan visi dan misi serta memenuhi slogan Terokaan Seluas Lautan.Akhir kata saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terbabit menyediakan lamam web ini. Saya percaya laman ini akan menjadi panduan serta rujukan yang penting dan berguna kepada semua. Terima kasih.

 

Siti Noriam Binti Yaakob